fbpx

Ikea Cheras ditutup hari ini, beberapa pekerja positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Ikea Malaysia memaklumkan beberapa pekerja dan kakitangan perkhidmatan di Ikea Cheras, Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan, syarikat perabot itu memaklumkan semua yang terlibat telah kuarantin kendiri sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.

Kali terakhir mereka bekerja ialah antara 8 hingga 14 Februari lalu.

“Kami mengambil langkah pencegahan untuk menutup Ikea Cheras pada 19 Februari bagi membolehkan proses sanitasi dan pengesanan kontak selari dengan piawaian Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, Ikea bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

“Kami akan terus melakukan semua langkah keselamatan yang diperlukan termasuk penggantian rakan sekerja, penelusuran kontak, ujian saringan, kuarantin untuk semua kontak rapat dan pembersihan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI