fbpx

Hotel Paya Bunga promosi pes segera sup ayam, kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hotel Paya Bunga mengambil inisiatif memperkenalkan pes segera sup kambing berdengung dan ayam bunga rampai bagi memberi pe­luang para pelanggannya mencuba memasak sendiri di rumah.

Pegawai Komunikasi Strategik Hotel Paya Bunga, Abdullah Amir Mohd. Zabudin berkata, dua menu resepi istimewa yang dihasilkan oleh Chef Eksekutifnya, Mohd. Fadzil Ismail itu merupakan antara menu kegemaran pe­langgan hotel tersebut.

“Penjualan pes makanan segera itu merupakan strategi serampang dua mata Hotel Paya Bunga bagi memudahkan pelanggan setia terus merasai keenakan kedua-dua menu lazat ber­kenaan.

“Pada masa sama, ia merupakan strategi jangka panjang bagi mengukuhkan kewangan hotel yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19 sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! di gerai jualan di Paya Bunga Square di sini baru-baru ini.
Abdullah Amir menjelaskan, sup kambing berdengung dan ayam bunga rampai merupakan resipi peribadi Mohd. Fadzil yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perhotelan.

Tambah beliau, pes tersebut dimasak sendiri Mohd. Fadzil dengan menggunakan rempah ratus terpilih dan mampu bertahan sehingga setahun.

“Penyediaan makanan sema­kin mudah dengan hanya perlu menambah daging kambing atau ayam mengikut pes dibeli dan ia siap dimasak dalam tempoh lima minit hingga setengah jam sahaja.

“Buat masa ini pes segera seberat 500 gram itu dijual pada harga istimewa iaitu RM10. Setiap pes boleh digunakan untuk memasak satu kilogram da­ging kambing atau seekor ayam,” katanya.

Abdullah Amir menjelaskan, sebelum ini, kedua-dua menu itu boleh didapati hanya di Hotel Paya Bunga dengan harga kira-kira RM18 bagi setiap hidangan.

Selain itu, pihaknya sedang menjalin kerjasama dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan Pertima Terengganu Sdn. Bdn. untuk mengkormersialkan pes segera dalam skala besar.

“Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan baharu untuk menjadi ejen pemasaran pes tersebut,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI