fbpx

PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak dilanjutkan 10 hari lagi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, PKPD di kawasan berkenaan sepatutnya tamat pada esok dilanjutkan sehingga 1 Mac depan.

Menurutnya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 256 ujian saringan dan
daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat pertambahan empat (4) kes positif baru dilaporkan pada hari ini dan ujian saringan kali kedua akan dilaksanakan ke atas semua pelajar.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di kawasan ini sehingga 1 Mac depan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, pada sidang akhbar sama, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk menamatkan (PKPD) di Kampung Sebako 1 & 2, Lundu, Sarawak yang dijadualkan tamat esok.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 505 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 24 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kesemua kes positif telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan kontak rapat telah diasingkan di rumah serta dipantau sehingga hari ke 14,”jelasnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI