fbpx

Bekas pembantu tadbir kewangan didenda RM20,000 palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruddy Nezeri dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didenda RM20,000 atas tujuh pertuduhan memalsukan dokumen sepuluh tahun lalu. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Bekas pembantu tadbir kewangan didenda RM20,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan memalsukan dokumen resit bayaran kupon letak kereta, 10 tahun lalu.

Tertuduh, Ruddy Nezeri Kamarudin, 38, yang ketika itu bertugas di Unit Kupon, Jabatan Perbendaharaan dan Sistem Maklumat, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) juga berdepan hukuman penjara 14 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Lelaki itu dijatuhi hukuman tersebut setelah membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Ruddy Nezeri didakwa atas 34 pertuduhan kerana menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu resit bayaran terima hasil jualan kupon letak kereta yang dicetak di atas Bil Terimaan Pelbagai Tahun 2011 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM27,852.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Pejabat Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar di Jalan Iskandar, Kampar antara 10 Februari hingga 2 Ogos 2011.

Pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, lelaki terbabit mengaku bersalah bagi tujuh pertuduhan manakala dilepaskan dan dibebaskan bagi 27 pertuduhan lain di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin yang mengendalikan kes itu memberitahu bahawa mahkamah telah mengesahkan permohonan Akuan Rundingan yang dibuat tertuduh adalah secara sukarela walaupun tanpa diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM20,000 dan jika gagal bayar dikenakan penjara 14 bulan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI