fbpx

Mahkamah arah kerajaan Belanda batal perintah berkurung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai meluncur ais di sebuah terusan di Prinsengracht, Amsterdam pada 13 Februari lalu. - AFP

THE HAGUE, Belanda- Sebuah mahkamah Belanda hari ini memerintahkan kerajaan segera memansuhkan perintah berkurung koronavirus  yang mencetuskan rusuhan paling buruk di negara itu dalam tempoh beberapa dekad .

Kerajaan salah menggunakan kuasa darurat untuk menguatkuasakan perintah berkurung meluas kali pertama sejak penjajahan Nazi semasa Perang Dunia Kedua, kata seorang hakim mahkamah daerah The Hague dalam keputusannya.

Kes itu difailkan oleh kumpulan Viruswaarheid yang mengetuai protes membantah sekatan koronavirus di Belanda.

“Perintah berkurung mesti dimansuhkan dengan segera,” kata mahkamah dalam keputusannya.

Kerajaan boleh mencabar keputusan itu tetapi sebarang rayuan tidak dapat memansuhkan arahan hakim tersebut, seorang jurucakap mahkamah berkenaan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita ANP

Perintah berkurung pukul 9 malam hingga 4.30 pagi (waktu tempatan) itu bermula pada 23 Januari lalu dan dilanjutkan pada minggu lalu hingga 2 Mac ini.

Rusuhan  tiga malam tercetus selepas perintah berkurung itu dilaksanakan dengan polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan termasuk di Amsterdam, Rotterdam serta Eindhoven.

Sementara itu, kerajaan Belanda masih belum memberi maklum balas berhubung perintah mahkamah itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI