fbpx

Keluarga Anang, Ashanty positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Anang Hermansyah. - Instagram

JAKARTA – Keluarga penyanyi Indonesia, Anang Hermansyah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan, hujung minggu lalu.

Menurut laporan Suara.com semalam, individu pertama yang dikesan positif wabak maut itu adalah isterinya yang juga penyanyi, Ashanty sebelum seisi keluarga disaran mengambil ujian calitan selaku kontak rapat.

Berita itu disahkan oleh pembantu peribadi Ashanty bernama Vyndika yang memberitahu tiga  anak mereka iaitu Aurel, Azriel dan Arsya turut mendapat keputusan positif.

Sementara itu, Anang dan anak bongsu pasangan ini, Arsy yang berusia empat tahun belum menerima keputusan ujian calitan PCR yang dilakukan.

“Ashanty mengambil ujian calitan tindak balas berantai polimerase (PCR) pada malam Ahad dan menerima keputusan positif ketika waktu Subuh semalam,” jelas Vyndika.

Tambah Vyndika, Ashanty mengalami gejala ringan Covid-19 seperti pening kepala, batuk dan sesak nafas.

“Ashanty memang kerap melakukan ujian calitan PCR kerana mempunyai latar belakang penyakit autoimun yang membuatkan sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

“Kali terakhir dia menjalani ujian PCR adalah pada 8 Februari dan hasilnya negatif,” ujar Vyndika. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI