fbpx

‘Wa lover, wa bukan fighter’ Azhan Rani geletek hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN RANI

SEJAK Isnin lalu, netizen khususnya pengguna aplikasi TikTok dihiburkan dengan sebuah rantaian video yang memaparkan salah satu babak dalam drama aksi KL Gangster Underworld 2 (KLGU2).

Lucunya tentang video tersebut bukanlah kerana aksi bodoh tetapi disebabkan dialog yang dilontarkan oleh seorang pelakon utamanya, Azhan Rani.

Video yang diberi nama ‘wa lover wa bukan fighter (kaki gaduh)’ oleh netizen itu tular sehingga suara dan dialog Azhan diajuk semula oleh pengguna aplikasi tersebut.

Rata-rata netizen terhibur dengan dialog berkenaan ditambah pula dengan lakonan bersahaja Azhan.

Difahamkan, disebabkan babak tular tersebut, ramai yang baru menyedari tentang kewujudan drama tersebut.

Namun, apa yang kurang seronoknya apabila masih khalayak berdegil menonton drama tersebut dalam YouTube sedangkan naskhah berkenaan boleh ditonton secara percuma menerusi platform rasmi WeTV Malaysia.

Menurut Azhan, dia kecewa apabila ada segelintir netizen yang masih menyokong golongan tidak bertanggungjawab dengan memaparkan drama itu secara haram dalam platfrom lain.

Sebelum ini, hampir semua pelakon KLGU2 meluahkan rasa terkilan apabila drama itu dicetak rompak.

Kasihan pula dengar luahan Azhan dan para pelakon lain. Tak pahamlah sikap segelintir khalayak Malaysia ni, karya hebat lain boleh pula bayar kat Netflix untuk tengok.

Sekarang, apabila naskhah yang patut ada sambungan tapi tak sambung, barulah sibuk berTikTok. Apa pun Diva pun tumpang terhibur.

Janganlah beri keuntungan kepada pihak yang salah. Lepas ini Diva hendak buat video TikTok ‘wa lover wa bukan fighter’. Mesti viral juga nanti!

DIVA: Dah ramai selebriti sekarang tiru sikap Ustaz Ebit Lew. Bagus sangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI