fbpx

United perlu cari pesaing Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE masih belum berjaya menjalankan tugasnya dengan baik untuk memantapkan benteng United apabila mereka terus berdepan masalah di posisi berkenaan. – AFP

MANCHESTER – Selepas melengkapkan perpindahan termahal di dunia sebagai seorang pemain pertahanan dari Leicester City ke Manchester United pada 2019, Harry Maguire sentiasa menjadi tumpuan sehingga kini.

Pelaburan yang besar dibuat oleh The Red Devils sehingga kini masih belum menampakkan hasil apabila mereka gagal untuk meraih sebarang trofi, malah kehadiran Maguire masih belum menyelesaikan isu kerapuhan benteng pertahanan pasukan itu.

Bekas pemain United, Paul Parker mendakwa Maguire bukanlah seorang ketua yang baik dan menggesa Solskjaer mendapatkan dua pemain pertahanan yang baharu untuk menggantikannya.

“Walaupun kedudukan United agak baik dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini, saya fikir mereka perlu kembali ke pasaran perpindahan pada musim panas nanti untuk memantapkan lagi pasukan.

“Berkenaan pemain pertahanan tengah, orang selalu bercakap mengenai pemain baharu untuk bergandingan bersama Maguire tetapi pada saya kenapa tidak pemain baharu itu nanti akan bermain bersama Victor Lindelof? Atau mereka pergi ke pasaran perpindahan dan dapatkan dua lagi pemain pertahanan yang boleh memberikan tekanan kepada Maguire atau Lindelof.

“Harry Maguire bukanlah seorang ketua yang baik. Dia hanya bermain untuk dirinya sendiri, sering berada pada kedudukan yang salah, dan melakukan larian yang tidak sepatutnya.

“Gol ketika menentang Sheffield, dia meletakkan David De Gea pada kedudukan yang sukar. Dia mengeluarkan bola dengan cara yang teruk tetapi akhirnya penjaga gol yang menerima kecaman.

“Saya sentiasa meragui kemampuannya sejak hari pertama dia berada di United. Saya fikir membawa masuk pemain baharu untuk posisi itu sangat bagus.

“Anda lihat bagaimana aksi Luke Shaw musim ini, persembahannya sangat baik selepas kehadiran Alex Telles,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI