fbpx

PKPD di Rompin libatkan 18 taman perumahan terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ROMPIN – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Muadzam Shah di sini yang dilaksanakan bermula 9 Februari lalu terkawal meskipun melibatkan 18 buah taman perumahan.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Azari Miskon berkata, sehingga kini pematuhan adalah ditahap yang baik dan tiada kes individu cuba ‘lari’ daripada kawasan berkenaan.

“Sehingga kini kita sudah tutup enam lokasi masuk ke bandar Muadzam Shah dengan penghadang konkrit yang disokong dengan kawat berduri dipasang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Terdapat kira-kira 100 petugas yang mengawal di kawasan berkenaan termasuk polis, tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan terdapat lebih 9,000 orang penduduk di kawasan berkenaan,”katanya di sini, hari ini.

PKPD di kawasan Muadzam Shah berkuasa bermula 9 Februari sehingga 22 Februari selepas terdapat peningkatan secara mendadak kes Covid-19 membabitkan komuniti di daerah itu.

Menurut Azari, terdapat 18 buah taman perumahan terlibat dalam pelaksanaan PKPD berkenaan selepas taman melibatkan bandar satelit Muadzam Shah dikeluarkan daripada penguatkuasan PKPD.

Beliau memberitahu, saringan dilakukan kepada semua penduduk di kawasan PKPD berkenaan dengan tumpuan utama terlebih dahulu kepada yang bergejala termasuklah melalui kaedah saringan rumah ke rumah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI