fbpx

Tokong patuh SOP di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Bilangan pengunjung yang menghadiri upacara sembahyang di rumah-rumah ibadat di negeri ini pada sambutan perayaan Tahun Baru Cina hari ini dikatakan berkurangan sehingga 70 peratus susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Tinjuan Kosmo! di Tokong Ular, Bayan Lepas di sini tadi mendapati suasana persekitarannya agak hambar dan kurang meriah apabila hanya kurang 20 pengunjung dilihat hadir ke situ dalam tempoh sejam.

Bukan setakat itu, majoriti daripada mereka hadir seorang diri manakala hanya sebilangan kecilnya sahaja hadir secara berpasangan.

Koordinatornya, Cheah Cheng Ean, 72, berkata, jumlah kehadiran pengunjung pada hari ini didapati berkurangan berbanding pada tahun lalu dianggarkan lebih 3,000 orang.

“Sejak tokong dibuka pada pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi tadi, jumlah yang datang tidak sampai 100 orang. Berbeza pada tahun lalu, masa sebegini sudah ramai yang beratur panjang dan berkumpul di pekarangan luar tokong untuk menunggu giliran masuk ke dalam.

“Mungkin ramai mengambil keputusan untuk sembahyang di rumah berikutan PKP termasuk ada yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman susulan larangan rentas negeri,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau memberitahu lagi, pihaknya sememangnya akan memastikan pengunjung mematuhi prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum memasuki ke rumah ibadat berkenaan.

“Kami juga akan menghadkan jumlah kemasukan pengunjung iaitu seramai 20 orang pada satu sesi dan akan menjalankan proses sanitasi setiap setengah jam sekali.

“Mereka (pengunjung) juga hanya dihadkan kurang 30 minit untuk menjalani upacara sembahyang bagi memberi laluan kepada tetamu lain yang beratur di luar,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, pihaknya turun padang bagi memantau pemantuhan SOP perayaan Tahun Baru Cina di rumah ibadat berkenaan pada pagi ini dan mendapati kesemua mereka mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Kali ini kita dapati jumlah kehadiran pengunjung tidak ramai iaitu kurang 30 orang sejak pukul 8.30 pagi tadi. Berbanding tahun-tahun sebelum ini, bilangan pengunjung boleh mencecah sehingga 1,000 orang sehingga waktu malam,” katanya kepada Kosmo! selepas mengadakan lawatan pemantuhan SOP Tahun Baru Cina di Tokong Ular di sini tadi. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI