fbpx

Bekas Timbalan MB Selangor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Abu Sujak Mahmud, 82, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4 di sini hari ini.

Allahyarham Abu Sujak, meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang disebabkan sakit tua.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada November 1989, sehingga Pilihan Raya Umum 1990.

Allahyarham juga merupakan Datuk Bandar Shah Alam yang pertama dilantik pada 10 Oktober 2000.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantarannya di laman rasmi Facebooknya menzahirkan rasa takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Menerima berita duka Dato Hj Abu Sujak Mahmud telah menghembuskan nafas terakhir.

“Allahyarham merupakan tokoh yang telah menabur bakti dan berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam yang pertama.

“Allahyarham juga merupakan mantan Timbalan Menteri Besar Selangor dan Ahli Dewan Negeri Batu Tiga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Takziah diucapkan kepada keluarga,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Seksyen 4 esok, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa, Klang- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI