fbpx

KPDNHEP Sabah rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM101,860

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GEORGIE (tiga dari kanan) bersama pegawai KPDNHEP Sabah menunjukkan sebahagian pelbagai barangan tiruan yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Kota Kinabalu. Foto: Ihsan KPDNHEP Sabah

KOTA KINABALU – Sebanyak 2,926 unit barangan tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM101,860 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah dalam serbuan di sebuah premis di daerah ini kelmarin.

Menerusi serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, barangan yang ditemui termasuklah kasut, beg dan pakaian disyaki tiruan.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, Antara barangan dirampas iaitu kasut jenama Nike pelbagai saiz sebanyak 1,445 kotak, kasut jenama Adidas (370 kotak), baju jersi jenama Adidas dan Nike (871 helai) serta beg jenama sama (240 unit).

Katanya, premis berkenaan terletak di tingkat satu sebuah bangunan dijadikan sebagai tempat penyimpanan bekalan kasut, beg dan pakaian tiruan pelbagai jenama.

“Manakala premis perniagaannya terletak di tingkat bawah namun barang-barang tiruan itu tidak dipamerkan di premis perniagaan berkenaan kerana dijual secara dalam talian (online).

“Serbuan terbabit dijalankan susulan risikan yang dilakukan selama seminggu oleh pihaknya di lokasi terbabit serta secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI