fbpx

Gerai nasi dagang di Tok Bali kembali bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan mula mengunjungi restoran Kak Ju Nasi Dagang di Zon Nasi Dagang Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Peniaga nasi dagang di zon nasi dagang Tok Bali di sini mampu menarik nafas lega selepas kerajaan telah membenarkan dua orang pelanggan makan di restoran bermula hari ini.

Pemilik restoran Kak Ju Nasi Dagang, Juliah Husain, 54, berkata, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan akan digunakan sebaik mungkin namun, dia tetap akan mementingkan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan perniagaan.

Menurutnya, peluang itu umpama peluang kedua buat peniaga sepertinya yang sudah ketandusan pelanggan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jualan amat merosot berbanding sebelum PKP kerana kurang kunjungan kecuali pelanggan tetap yang datang membeli secara bungkus.

“Sebelum ini, 20 kilogram nasi dagang dijual dalam sehari, namun kini hanya 10 kilogram mampu dijual. Jumlah itu pun mengambil tempoh yang lama untuk dihabiskan,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Juliah berkata, pada hari pertama kelonggaran makan di restoran dibenarkan, tidak ramai pelanggan hadir ke restorannya yang sebelum ini tidak pernah cukup ruang menampung bilangan pelanggan.

Menurutnya, sebelum ini, pekerja di restorannya terkesan kerana tiga daripada enam orang terpaksa direhatkan sementara.

“Pembekal ayam daging, ayam kampung dan itik serati juga turut terkesan apabila jualan merosot.

“Kelonggaran ini memberi ruang kepada peniaga untuk memulihkan kembali perniagaan masing-masing,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI