fbpx

738 unit pisau cukur tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kelantan memeriksa pisau cukur tiruan yang dirampas dalam Operasi Cap Dagang di sekitar Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas sebanyak 738 unit pisau cukur tiruan dalam Operasi Cap Dagangan di lima buah premis di sekitar Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya berjaya merampas barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM1,742.

Menurutnya, siasatan mendapati lima buah premis itu melakukan kesalahan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dengan menjual pisau cukur berjenama tiruan.

“Rampasan ini melibatkan kes pertama yang dijalankan oleh KPDNHEP Kelantan mengikut akta tersebut pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kita tidak akan berkompromi dengan peniaga atau syarikat yang menjual produk tiruan,” katanya.

Menurut Azanizam Affendi, pemeriksaan berkala akan terus dilakukan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI