fbpx

Raja Asia milik Klasiko VFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL yang lebih dikenali sebagai elnino meraikan kejayaan Klasiko VFC muncul sebagai Raja Asia selepas menjuarai VPG eACL pada Sabtu lepas.

SIAPA sangka arena e-Sukan negara sekali lagi berjaya mendominasi benua Asia dalam permainan video FIFA 2021 bagi kategori Pro Clubs selepas terdahulu menyaksikan Malaysia menjuarai saingan Virtual Pro ­Gaming (VPG) Piala Asia 2020.

Kejayaan terbaharu kali ini dilakar Klasiko VFC yang me­rangkul gelaran sebagai Raja Asia menerusi pencapaian mereka menjuarai saingan VPG Liga Juara-Juara Asia (eACL) dengan menewaskan CN Viper dari China pada aksi final, Sabtu lalu (6 Februari).

Ia merupakan satu pengiktirafan terbesar buat Klasiko yang ditubuhkan sewaktu tempoh pelaksanaan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar April tahun lalu.

KLASIKO VFC menewaskan CN Viper dari China untuk muncul juara.

Ketua pasukan VFC, Khairil Anuar yang menggunakan gela­ran permainan sebagai elnino, menyifatkan kejayaan mereka disebabkan kesungguhan dan komitmen tinggi ditunjukkan setiap pemain dalam setiap latihan serta perlawanan sebenar.

“Ini adalah pencapaian ter­tinggi yang Klasiko boleh kejar. Selepas ini, kami akan cuba pertahankan kejuaraan VPG ACL ini untuk saingan musim depan.

“Awal-awal waktu tubuh pasukan saya beritahu tidak mahu sekadar bermain suka-suka dan buang masa. Saya mahu Klasiko bersaing ke peringkat Asia tetapi tidak sangka dapat raih pencapaian ini pada percubaan pertama (ACL).

“Terima kasih kepada semua pemain kerana memberikan komitmen tinggi berlatih setiap malam. Kesungguhan dan komited selain kebersamaan dalam pasukan antara tunjang utama kejayaan Klasiko,” katanya.

ZAQWAN merupakan salah seorang daripada pemain pasukan Klasiko VFC yang menjuarai saingan VPG eACL pada Sabtu lalu.

Klasiko memilih formasi 4-3-3 yang memerlukan seorang pemain tengah bertahan untuk enam aksi peringkat Kumpulan 2 menentang lawan-lawan lain seperti ChingD dari Hong Kong, Yingge Katohawk (Taiwan) dan BrotherhoodVN (Vietnam).

Ia membuahkan hasil apabila Klasiko layak ke peringkat kalah mati sebagai naib juara Kumpulan 2 di belakang ChingD yang diundi bertemu mereka di pusingan 16 terbaik.

Klasiko membuat tindakan bijak apabila menggunakan taktikal berbeza, 4-2-2 berlian yang menghadiahkan kemenangan 3-1 ke atas ChingD dan seterusnya 4-3 ke atas satu lagi wakil Hong Kong, Huge J FC di peringkat suku akhir.

Kejayaan itu tidak terhenti di situ apabila Klasiko terus mencatat kemenangan 1-0 ke atas Amigos VFC dari Malaysia pada separuh akhir untuk menempah pertemuan dengan CN Viper di pentas final.

SENARAI kesebelasan utama pasukan Klasiko VFC yang berjaya menewaskan CN Viper dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 1-1 pada dua aksi final.

Akhirnya, gelaran juara menjadi milik Klasiko dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam dua aksi final tersebut.

“Formasi terpaksa ditukar supaya pasukan lebih seimbang, perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu bermain secara terbuka. Paling penting, pemain sangat memahami fungsi taktikal dan peranan masing-masing dalam setiap perlawanan,” jelas Khairil.

Pada masa sama, kejayaan itu pastinya membakar semangat lima pemain Klasiko yang terpilih beraksi bersama skuad VPG Malaysia pada saingan VPG Piala Dunia 2021 yang dijangka berlangsung bulan depan.

Sebagai rekod, selain Khairil, antara nama-nama lain yang turut memperkuatkan Klasiko ialah Muhammad Zaqwan Saidan (Zaqwan) dan Muhammad Faiz Hariry (Favlain) selaku bekas juara Kejohanan eMalaysian Football League (eMFL) 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI