fbpx
Kereta Ford Escort milik bapa remaja berkenaan di lokasi kemalangan awal pagi tadi. - METRO

Remaja 13 tahun ditahan memandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang remaja berusia 13 tahun berhadapan larangan memandu selepas dia melanggar lampu jalan menggunakan kereta bapanya dalam keadaan mabuk awal pagi hari ini, lapor akhbar Metro.

Remaja yang tidak memiliki lesen kenderaan berkenaan dikatakan memandu kereta Ford Escort bapanya sebelum terbabas di Gosport, Hampshire.

Dia diminta menjalani ujian pernafasan namun gagal, menyebabkannya menjadi marah dan meludah pegawai polis ketika sedang ditahan.

Polis tempatan menulis di laman Twitter: “Selamat pagi dari Fareham E shift. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi!”

“Pemandu kereta yang diambil gambarnya ini didapati positif ujian pernafasan jalanan di #gosport dan apabila ditahan mengambil keputusan meludah pegawai! Seorang di dalam penjara!’

Jika didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain.

Pada 2006, seorang lagi remaja 13 tahun didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester.

Remaja itu ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan pada kelajuan 112 kilometer sejam di bandar itu malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN