fbpx

KPM nafi rombak SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan (LP)  Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan akan membuat rombakan atau transformasi terhadap sistem dan pensijilan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

LP KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara berkaitan transformasi format peperiksaan SPM itu.

“LP KPM ingin menegaskan bahawa laporan sebuah akhbar berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar.

“Pihak kami juga mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM tahun 2020,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan LP KPM itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar yang mendakwa pihaknya telah memulakan langkah melakukan transformasi terhadap sistem dan pensijilan SPM yang telah berusia lebin 50 tahun, pada 7 Februari lalu.

Laporan sama turut menyebut bahawa KPM disyorkan oleh pakar-pakar pendidikan untuk mempraktikkan kaedah ‘open-book test’ bagi melatih pelajar berfikir dan bukan sekadar menghafal.

Sehubungan itu, LP KPM berkata, pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran.

Sementara itu, LP KPM juga memaklumkan bahawa format peperiksaan SPM tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI