fbpx

Tokong Kek Lok Si bermandi cahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Suasana di Tokong Kek Lok Si, Air Itam di sini meriah dihujani dengan percikan bunga api dan simbahan cahaya lampu pada upacara pencahayaan di premis itu malam ini.

Bezanya kali ini, ikon Pulau Pinang berusia 130 tahun itu hanya boleh disaksikan menerusi penstriman secara dalam talian berbanding tahun sebelum ini berikutan pandemik Covid-19.

Setiap tahun, hampir ribuan orang akan mengambil peluang menyaksikan upacara tersebut sempena perayaan Tahun Baru Cina, sekali gus mengambil peluang mengabadikan kenangan di pavilion dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 33.6 meter di tokong berkenaan.

Namun, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai tidak dibenarkan berkumpul bagi usaha menyekat penularan wabak itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI