fbpx

Libya berjaya bentuk kerajaan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEPHANIE WILLIAMS

TRIPOLI – Libya hari ini memasuki fasa baharu peralihan pasca-Gaddafi selepas sebuah kerajaan penyatuan dipilih untuk mentadbir negara itu sehingga pilihan raya umum diadakan pada Disember tahun ini.

Dalam persetujuan disambut baik masyarakat antarabangsa, empat pemimpin baharu dari barat, timur dan selatan Libya bedepan tugas menyatupadukan negara yang berpecah disebabkan dua pentadbiran yang berseteru di samping kewujudan berbilang militia.

Abdel Hamid Dbeibah yang merupakan seorang jurutera berusia 61 tahun dipilih sebagai pemangku Perdana Menteri dalam satu mesyuarat tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disertai 75 delegasi Libya di Switzerland.

Perkembangan itu membuka lembaran baharu di Libya selepas perjanjian tajaan PBB pada 2015 menemui kegagalan. Perjanjian itu menyaksikan kewujudan Kerajaan Penyatuan Nasional(GNA) diketuai oleh Fayez al-Sarraj.

Libya kemudian tenggelam dalam kancah keganasan dengan negara itu berpecah antara kerajaan GNA di Tripoli dan pentadbiran diketuai panglima perang Khalifa Haftar di timur negara itu.

Menurut utusan PBB, Stephanie Williams yang membimbing rundingan itu selama seminggu di luar Geneva , beliau gembira menjadi saksi kepada detik bersejarah tersebut.

“Saya percaya, ia satu kejayaan besar,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pula.

Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat menyambut baik kerajaan sementara Libya itu tetapi mengambil pendekatan berhati-hati. Menurut mereka, kerajaan sementara itu perlu melaksanakan perjanjian gencatan senjata dan menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat Libya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI