fbpx

[VIDEO] Kluster Industri Serkam : 604 pekerja positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja warga asing menunggu giliran untuk dipakaikan gelang merah jambu oleh petugas kesihatan di kawasan kilang pemprosesan ayam di Serkam, di sini, hari ini.

JASIN – Sebanyak 604 pekerja kilang pemprosesan ayam di Serkam, di sini didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan sejak awal bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, seramai 1,817 pekerja telah disaring melibatkan 443 pekerja tempatan, manakala 1,428 pekerja terdiri daripada warga asing.

Menurutnya, kesemua pekerja yang bergejala telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Selangor.

“Sejak 1 Februari lalu, pihak majikan telah melaksanakan ujian calitan secara berperingkat melibatkan pekerja tempatan dan warga asing yang bekerja di kilang pemprosesan ayam.

“Setakat ini seramai 604 telah didapati positif Covid-19 dan telah dihantar ke PKRC Maeps dan sebahagian yang tidak bergejala telah ditempatkan oleh Pejabat Kesihatan Jasin di kuaters asrama yang dimiliki dan dibiayai pihak majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan lapangan bagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, prosedur operasi standard (SOP) dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di kilang pemprosesan ayam tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penularan Covid-19 itu bermula daripada seorang pekerja di bahagian pemprosesan yang bergejala, namun tidak mendapatkan rawatan lanjut serta mengamalkan penjarakan yang ditetapkan, sehingga mencetuskan Kluster Industri Serkam.

“Selain pekerja ini, penduduk yang tinggal berhampiran kilang tersebut juga telah diminta untuk melakukan saringan Covid-19.

“Seramai 154 penduduk setempat telah disahkan negatif, namun dikesan mempunyai kontak rapat dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing dengan dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 Kesang Tua dan Parit Gantung, Jasin,”katanya.

Katanya, kilang tersebut juga telah diarahkan ditutup serta-merta kerana gagal gagal mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk tidak mengamalkan penjarakan sosial dan menempatkan pekerja dalam keadaan sesak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI