fbpx

Facebook Istana Negara jadi tempat luahan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun Facebook rasmi Istana Negara.

PETALING JAYA- Ruangan komen di laman Facebook Istana Negara menjadi tempat luahan untuk rakyat merintih dan mengadu.

Dalam satu hantaran di laman Facebook Istana Negara mengenai mesyuarat Pra-Kabinet pada 3 Februari lalu, ramai netizen mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Seorang pengguna Facebook, Amyrul Maaruf berkata, ekonomi rakyat semakin susah sehingga boleh diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan syarat masih dalam proses (dan) mengambil masa 21 hari. Banyak hutang nak dibayar. Harap Tuanku dapat melihat rakyat di bawah berbanding di atas,” katanya.

Manakala Puteri Qaseh juga mengharapkan sinar untuk pengeluaran kategori kedua i-Sinar.

“Saya golongan B40 gaji RM1,200. Amat terjejas dengan ekonomi sekarang. Memang gaji tak dipotong sampai 30 peratus tapi komitmen saya semakin tinggi dalam keluarga kecil semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Sementara Zainol Azhar menyatakan kegusaran mengenai kehilangan pelaburan asing.

“Negara dan rakyat tidak akan berada dalam keadaan yg baik jika pendapatan negara tidak berkembang. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor telah mulai tutup sedikit demi sedikit.

Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara lain,” katanya.

Hantaran itu menerima 9,500 tanda suka, 2,000 komen dan dikongsi sebanyak 500 kali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI