fbpx

AS Roma lucut tugas kapten Edin Dzeko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZEKO dilapor bertelagah dengan Fonseca menyebabkan tugasnya sebagai kapten Roma ditarik balik. – AFP

ROM – Pengurus besar AS Roma, Tiago Pinto mengesahkan Edin Dzeko tidak lagi diberi tanggungjawab sebagai kapten selepas bertelagah dengan ke­tua jurulatih pasukan itu, Paulo Fonseca baru-baru ini.

Begitupun, Pinto mendedahkan, masa depan pe­nyerang berusia 34 tahun itu buat masa ini masih kekal bersama Roma, namun tidak lagi memikul peranan sebagai ketua pasukan yang akan digantikan oleh pemain tengah, Lorenzo Pellegrini.

“Dzeko seorang pemain bola sepak profesional yang berpengalaman luas dan mempunyai personaliti unik. Fonseca pula adalah individu paling tepat yang sedang menjalankan tugasnya membina masa depan pasukan ini.

“Kami telah mengadakan beberapa perbincangan dalam tempoh beberapa hari lepas untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua individu ini. Sekarang bukan masanya untuk bergaduh kerana misi pasukan adalah lebih penting,” katanya.

Dalam masa sama, Pinto percaya Pellegrini mampu menggalas tanggungjawab sebagai kapten meskipun baru berusia 24 tahun dan kontraknya bersama Roma akan tamat pada hujung saingan musim ini.

“Kami akan mengadakan rundingan dengan ejennya berhubung kontrak lanjutan baharu kerana dia sememangnya berada dalam projek jangka masa panjang pasukan ini,” jelasnya.

Biarpun Dzeko tidak lagi sebagai kapten, namun bintang Bosnia itu dilaporkan sudah kembali menjalani latihan dan berkemungkinan diturunkan membantu Roma menghadapi juara bertahan, Juventus pada aksi Serie A di Stadium Allianz pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI