fbpx

4,756 kes Covid-19 petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sehingga kini terdapat 4,756 petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 dengan kira-kira 43 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pecahan mengikut jantina pula, seramai 3,101 kes daripada petugas kesihatan yang positif Covid-19 itu membabitkan wanita dan seramai 1,655 kes adalah petugas kesihatan lelaki.

“Dianggarkan 43 peratus daripada petugas kesihatan tersebut adalah jangkitan dari komuniti dan bukannya di hospital. Sebagai contoh, semalam sahaja sebanyak 85 jangkitan membabitkan petugas kesihatan.

“Malah, baru-baru ini berlaku jangkitan dalam kalangan kakitangan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu menjadikan jumlah kepada 93 kes,” katanya pada pada sesi libat urus darurat Covid-19 siri 2/2021: Ujian Pengesanan Covid-19 dan Kesiapsiagaan Makmal KKM secara maya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, bukan hanya petugas kesihatan, mereka di barisan hadapan yang lain termasuk polis dan sebagainya turut berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Justeru, katanya, apabila mereka disahkan positif, pengesanan kontak rapat turut dijalankan bagi memastikan kes diasingkan selain memastikan penularan dapat diputuskan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI