fbpx

Sultan Johor sumbang makanan untuk 320 keluarga, 96 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk David Wong (kiri) mewakili Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dari Mukim Machap, Kluang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 320 keluarga berbilang bangsa dari Mukim Machap, Kluang menerima kurniaan barangan keperluan makanan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Bantuan tersebut disampaikan oleh Mejar Cina, Datuk David Wong dengan diiringi ketua penyelarasnya, Desmond Lee kepada Penghulu Mukim Machap, Ahmad Farhan Abu Bakar.

Ahmad Farhan menghargai kurniaan Sultan Johor di atas pemberian bantuan kepada keluarga berkenaan.

“Pihak pentadbiran Mukim Machap menjunjung kasih Baginda Tuanku Sultan atas keprihatinan Baginda terhadap kebajikan rakyat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan kurniaan barangan keperluan makanan dan sumbangan peribadi sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu depan kepada 96 pelajar daripada tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini.

Penerima bantuan membabitkan pelajar daripada tiga sekolah iaitu SJKC Johor Jaya, SJKC Foon Yew 2 dan SJKC Pei Hwa.

Guru Besar SJKC Foon Yew 2, Loo Chun Huang berkata, dia merasa amat syukur di atas kurniaan Baginda kepada pelajar serta keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Patik menjunjung kasih kepada Sultan Johor kerana mengurniakan bantuan kepada rakyat Johor tanpa mengira kaum”, katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI