fbpx

Polis Penampang cari waris mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat tatu berbentuk 'love' pada lengan kanan lelaki yang ditemui lemas di Sungai Moyog, Kampung Tuavon 14 Januari lalu. -Foto IHSAN IPD PENAMPANG

Penampang – Polis Penampang mencari waris atau ahli keluarga seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Moyog, Kampung Tuavon 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa yang dianggarkan berusia 30-an mempunyai tatu di bahagian lengan kanan berbentuk ‘Love’ dengan tulisan ‘Aya’ dan ‘Johan’.

“Mangsa berada dalam keadaan lengkap berpakaian baju T dan berseluar panjang hitam ketika ditemui.

“Mayat lelaki berkenaan masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Setakat ini, pihak polis masih menunggu waris atau ahli keluarga mangsa untuk menuntut mayat lelaki terbabit.

“Mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Haris berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohamediah Sani di talian 019-8634811 atau IPD Penampang 088-712222.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI