fbpx

Kali ini lebih perit – Hasenhuttl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANKEWITZ (tiga dari kiri) dilayangkan kad merah seawal minit kedua perlawanan sekali gus menjadi punca kekalahan besar Southampton. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl mengakui bahawa kekalahan dengan margin sembilan gol buat kali kedua lebih menyakitkan berbanding ketika dibelasah Leicester pada 2019.

Mimpi ngeri Southampton bermula sejak awal permainan selepas pemain tengah muda mereka, Alexandre Jankewitz yang membuat debut di dalam pasukan senior dilayangkan kad merah selepas 79 saat aksi.

“Kami tewas sekali lagi dalam keadaan yang sangat teruk. Ceritanya sama seperti sebelum ini apabila pemain dilayangkan kad merah pada awal permainan menyebabkan 90 perlawanan menjadi sangat panjang.

“Kami tidak mempunyai alternatif, tiada pilihan pemain di bangku simpanan kerana masalah kecederaan dan tidak cara lain untuk kami bertahan dengan lebih baik.

“Apa yang membezakan kekalahan kali ini adalah kami berada dalam musim yang baik setakat ini di mana kedudukan ini sudah lama kami tidak merasainya.

“Kami sedar bahawa kami perlu melakukan sesuatu yang lebih baik. Keputusan ini lebih menyakitkan tetapi pasukan kali ini berbeza dan kita akan ­tengok bagaimana kesudahan nasib kami musim ini,” katanya.

Pada musim 2019, Southampton tewas dengan jumlah jari­ngan yang sama kepada Leicester City di mana ketika itu mereka juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-12 apabila Ryan Bertrand dilayangkan kad merah.

Dalam pada itu, Hasenhuttl mengakui sangat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Jankewitz yang terpaksa meninggalkan padang pada awal permainan biarpun Jan Bednarek turut dilayangkan kad merah pada minit ke-86.

“Ia adakah kesalahan bodoh dilakukan seorang pemain muda dan memusnahkan segala-gala­nya. Saya mahu memberikan pemain muda pendedahan tetapi melihat apa yang berlaku, saya mungkin terpaksa berfikir banyak kali selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI