fbpx

Leeds buru kemenangan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEEDS masih segar dengan kejayaan menewaskan Leicester dan mahu terus melakar kejutan menentang Everton. – AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa berharap untuk melakar tiga kemenangan berturut-turut menjelang menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Elland Road awal pagi esok.

Skuad The Whites berada pada prestasi terbaik ketika ini apabila sudah melakar dua kemenangan dalam aksi terdahulu bertemu Newcastle United dan Leicester City.

Bagaimanapun, Bielsa percaya mereka mungkin berdepan cabaran sukar menentang Everton berdasarkan kualiti pemain yang dimiliki skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

“Everton me­nunjukkan aksi yang baik sejak kebelakangan ini, selain membuktikan mereka antara pasukan pencabar kelompok teratas musim ini.

“Mungkin mereka sedang berada dalam situasi sukar selepas tewas kepada Newcastle tetapi gaya permainan mereka sangat kreatif dan bagus. Mereka memiliki ramai pemain yang bagus dan berkualiti dan kami tidak boleh memandang mudah cabaran mereka,” kata Bielsa.

Pada masa sama, pengendali dari Argentina itu tidak pasti sama ada penyerang, Rodrigo bakal diturunkan ataupun tidak ketika melayan kunjungan The Toffees.

“Rodrigo sudah menjalani ujian lanjut bagi menilai tahap kecergasannya. Dia mengalami kecederaan otot dan saya tidak pasti Rodrigo sempat pulih atau sebaliknya,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI