fbpx

Kerajaan NS bagi 3,600 unit komputer tablet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan menyediakan sebanyak 3,600 unit tablet percuma berjumlah RM2 juta kepada murid-murid yang memerlukan bagi mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, peruntukan itu akan disalurkan menerusi Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah Negeri Sembilan sebanyak RM1.5 juta dan Tabung Bina Insan sebanyak RM500,000.

“Seperti sedia maklum, sekolah belum bermula dan tidak tahu bila akan bermula jadi sebentar tadi kita telah memutuskan peruntukan dana RM2 juta akan digunakan untuk membeli peranti. Peralatan ini akan diberikan kepada anak-anak yang memerlukan.

“Menerusi peruntukan ini, sebanyak 3,600 unit akan diberikan pelajar dan ia diagihkan menerusi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri. Setiap pusat khidmat akan menerima 100 unit bagi diagihkan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurut beliiau, semua pelajar yang layak akan diberikan komputer tablet tersebut selepas urusan perolehan termasuk menentukan pembekal selesai. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI