fbpx

Jeongyeon, Twice kembali bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEONGYEON

SELEPAS tiga bulan berehat akibat mengalami masalah kesihatan, penyanyi Jeongyeon kini membuat kemunculan semula bersama kumpulannya, Twice.

Jeongyeon membuat kemunculan istimewa bersama Twice pada persembahan Seoul Music Awards ke-30 beberapa hari lalu.

Menerusi persembahan tersebut, peminat berpeluang menyaksikan kemunculan Jeongyeon menyanyikan lagu I Can’t Stop Me bersama lapan lagi rakan sekumpulannya buat pertama kali.

Hal ini kerana, sejak lagu berkenaan dilancarkan bersama album mini Eyes Wide Open, Jeongyeon tidak berpeluang menyanyikan bersama Twice kerana sedang berehat untuk memberi fokus terhadap kesihatannya.

Kemunculan Jeongyeon membuatkan peminat teruja kerana akhirnya mereka melihat penyanyi itu kembali aktif dalam bidang nyanyian dan kembali sihat.

Jeongyeon juga menuai perhatian luar biasa peminat. Ramai yang memuji penampilan baharu Jeongyeon yang lebih segar apabila menukar gaya rambutnya.

“Biarpun berbulan lamanya berehat tetapi kelincahan Jeongyeon menari tidak pernah hilang. Saya gembira melihat dia kembali,” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI