fbpx

Jaga solat, keluarga antara pesan Allahyarham Jamali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Jamali Shadat disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Pulau Indah, Klang. FOTO: AMIR KHALID

KLANG – Pelawak Veteran, Allahyarham Datuk Jamali Shadat,78, yang meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua sering berpesan kepada lapan anaknya supaya sentiasa menjaga solat dan tidak memalukan sesuatu perbuatan memalukan keluarga.

Perkara itu dimaklumkan anak keenamnya, Fauzi, 49, apabila arwah bapanya itu amat mementingkan keagamaan selain silaturrahim antara keluarga.

Katanya, kesihatan bapanya itu semakin uzur sejak dua minggu lalu sehinga kurang berselera untuk makan.

“Malam tadi, ayah (Jamali) hanya makan tiga suapan bubur nasi yang disuap oleh isteri saya, Siti Zabedah Sood. Pagi tadi apabila isteri kejutkan untuk mandi dan sarapan didapati tiada respon daripada ayah.

“Doktor yang hadir ke rumah bagi memeriksa nadi dan jantung memaklumkan ayah telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah di sini hari ini.

Jamali yang cukup dikenali melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan meninggal dunia pukul 8.30 pagi di rumahnya akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang sebelum Asar hari ini.

Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Fauzi turut menjelaskan, Allahyarham bapanya menjadi murung dan pendiam selepas kematian ibu mereka, Lela Yacob disebabkan serangan angin ahmar pada Jun 2018. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI