fbpx
BARISAN pemain Selangor FC memperagakan jersi baharu skuad Gergasi Merah yang menampilkan elemen klasik legasi Mokhtar Dahari kelmarin. - FB SELANGOR FC

Elemen klasik jersi skuad Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Selangor FC menjadi kelab pertama Liga Malaysia (Liga M) yang melancarkan jersi rasmi musim 2021 dengan memperkenalkan elemen klasik legasi Mokhtar Dahari kelmarin.

Menurut kenyataan skuad Gergasi Merah, rekaan jersi itu diinspirasikan daripada pasukan Selangor yang dipimpin oleh ­Allahyarham Mokhtar ketika membantu pasukan menjulang trofi Piala Malaysia pada 1986.

“Legasi Mokhtar Dahari menjadi elemen utama dalam rekaan jersi tuan rumah tahun ini. Rekaan jersi ini masih mengekalkan beberapa elemen penting daripada jersi tahun 1986.

“Antaranya ialah warna jersi iaitu warna merah, kuning dan hijau. Selain itu, kedudukan lambang Selangor FC juga diletakkan di bahagian kanan dada seperti jersi asal bagi mengetengahkan elemen klasik.

“Pihak pengurusan berharap jersi ini dapat membawa aura kejuaraan serta meniup sema­ngat perjuangan yang tinggi dalam misi memburu kejayaan pada tahun ini,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, pemain tengah Selangor, Brendan Gan optimis barisan pemain yang mewakili skuad Gergasi Merah musim ini memiliki potensi untuk mengulangi sejarah gemilang pasukan itu pada era 1980-an.

“Jersi ini pernah dipakai oleh pemain legenda yang membanggakan pasukan. Kini, barisan pemain memiliki peluang untuk mengecapi perkara sama musim ini kerana kami memiliki keinginan dan semangat kerja keras setanding mereka,” kata Brendan menerusi laman Instagramnya.

Jersi ini boleh dibeli di laman rasmi SelangorFC.com dengan harga RM109 untuk edisi pemain manakala edisi penyokong hanya akan dikeluarkan selepas pera­yaan Tahun Baru Cina.

POPULAR