fbpx

Racun rakan sekelas dapat markah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 1 Ogos 2019 menunjukkan pemandangan di sebuah pantai di bandar Iskandariah, Mesir. - AFP

KAHERAH, Mesir – Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah di bandar Iskandariah ditangkap kerana meracun rakan sekelas mereka yang memperoleh markah tinggi dalam peperiksaan, lapor media tempatan.

Pihak pendakwa raya memutuskan untuk menahan ketiga-tiga pelajar perempuan itu di penjara selama empat hari sementara siasatan kes selesai.

Mereka dituduh membunuh rakan sekelas itu dengan meletakkan racun ke dalam keknya, dipercayai kerana cemburu mangsa mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan.

Mangsa yang bernama Israa Kamal Awadh dikenali kerana kecemerlangan akademiknya di Sekolah Persediaan Abu Bakar Al-Siddik . Dia mendapat markah lebih tinggi daripada semua suspek yang berkomplot membunuhnya.

Pihak pendakwa raya mengarahkan bedah siasat dilakukan terhadap mayat pelajar perempuan itu manakala keputusan mendapati kematian mangsa disebabkan diracun.

Menurut media tempatan, enam pelajar sekolah memakan kek semasa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Tiga daripada mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk rawatan selepas mengalami muntah dan lesu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI