fbpx

Produk bebola ikan, sotong Li Chuan ada sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan produk bebola ikan dan bebola sotong berjenama Li Chuan Fishball dan Li Chuan Cuttlefish Ball yang dipasarkan di negara ini adalah dihasilkan di Vietnam dan memiliki sijil halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Jakim menerusi Bahagian Pengurusan Halalnya berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai keputusan analisis produk-produk jenama Li Chuan Golden Summit yang disahkan mengandungi unsur asid deoksiribonukleik (DNA).

“Produk berkenaan iaitu bebola ikan (fish ball) dan bebola sotong (cuttlefish ball) dikeluarkan oleh Li Chuan Food Products Pte. Ltd. iaitu produk yang dibungkus semula oleh sebuah syarikat di negara Brunei.

“Untuk makluman, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

“Malah, MUIS juga telah mengedar surat pekeliling kepada pemegang sijil pengesahan halal MUIS untuk menghentikan penggunaan kedua-dua produk terbabit serta-merta,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jakim berkata, maklum balas yang diperoleh daripada MUIS juga mengesahkan bahawa kedua-dua produk itu tidak dieksport ke Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI