fbpx

Piza unik restoran Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ piza tanpa inti yang didatangkan bersama pilihan sos tomato dan sos mustad. – The Pizza Company

BANGKOK – Menu piza unik tanpa inti yang dilancarkan oleh sebuah rangkaian restoran di Thailand berpotensi membangkitkan kemarahan rakyat Itali, lapor portal berita coconuts.co baru-baru ini.

Hidangan piza biasa didatangkan dengan pelbagai jenis inti seperti peperoni, kepingan daging ayam, sosej dan banyak lagi.

Bagaimanapun, rangkaian restoran The Pizza Company melancarkan piza terbaharunya yang hanya mengandungi kerak piza.

“Rakyat Itali mungkin akan mengamuk seperti kita (warga Thailand) berang apabila cef luar negara ‘mencemarkan’ hidangan Kaprao kita dengan meletakkan tauge di dalamnya,” kata pengkritik makanan tempatan, Nick Teera Muenfung dalam komennya di media sosial.

Syarikat tersebut melancarkan menu terbaharunya itu menggunakan slogan ‘Piza Tanpa Inti’.

Menurutnya, menu tersebut berupa kerak piza burger keju berkembar yang dihidangkan bersama dua pencicah iaitu sos tomato dan sos mustad.

Penggemar piza, kata syarikat tersebut, boleh memesan makanan itu secara online dan ‘memilih kerak mereka sendiri dengan hanya satu pilihan ditawarkan iaitu kerak burger keju berkembar’.

Hidangan itu menyamai piza saiz sederhana dan dijual pada harga 189 baht (RM25.60) sekeping. The Pizza Company menyatakan bahawa piza unik itu mendapat sambutan hangat pelanggan.

“Ini adalah evolusi kulinari. 500 tahun akan datang, ahli-ahli sejarah akan berdebat mengapa hidangan ini dibenarkan dipanggil piza dan punca Itali melancarkan perang ke atas Thailand,” kata seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Taksapol Sriwachirawat secara berseloroh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI