fbpx

Harga Ranveer Singh RM2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANVEER SINGH

PELAKON Ranveer Singh digelar sebagai salah seorang aktor Bollywood yang menerima bayaran tertinggi pada tahun 2020.

Maka tidak hairanlah apabila pelakon itu meminta bayaran yang cukup tinggi untuk berlakon dalam sebuah filem komedi arahan Rohit Shetty berjudul Cirkus.

Menurut laporan Bollywood Hungama, suami kepada aktres Deepika Padukone itu meminta bayaran sebanyak 50 juta Rupee atau lebih RM2.7 juta untuk berlakon dalam filem tersebut.

Bahkan, Ranveer juga dijangka akan meningkatkan jumlah bayaran jika setiap filem lakonannya berjaya memikat hati penonton.

Penggambaran filem Cirkus telah berjalan sejak November tahun lalu dan dijangka akan tamat menjelang Mac depan.

Selain Ranveer, Cirkus turut dibintangi barisan pelakon Bollywood hebat seperti Jacqueline Fernandez, Pooja Hegde, Varun Sharma, Siddhartha Jadhav, Johnny Lever dan Sanjay Mishra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI