fbpx

Tiga jari hancur tersepit mesin pengisar daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga jari kanan seorang warga Myanmar hancur akibat tersepit pada mesin pengisar daging di sebuah premis di Taman Relau Jaya, Relau di sini tadi. Ihsan Bomba.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam apabila tangan kanannya tersepit pada mesin pengisar daging di sebuah premis di Taman Relau Jaya di sini tadi.

Mangsa berusia 20 tahun itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dalam keadaan tangannya tersangkut pada mesin tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Noor Zahidi Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.34 petang tadi dan tiba ke situ 10 minit kemudian.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa mangsa dikatakan sedang mengisar daging dalam kuantiti yang banyak di rumah terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan meraung dan berkali-kali meminta tolong anggota mengeluarkan mesin yang tersepit pada tangan kanannya.

“Kita kemudiann membawanya ke Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menjalankan operasi penyelamatan dan tangannya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas termasuk sepana dalam tempoh 10 minit,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Beliau memberitahu, akibat kejadian itu, tiga jari mangsa didapati hancur manakala ibu jarinya cedera.

“Keadaan mangsa stabil dan masih lali akibat dibius. Kita difahamkan mangsa telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” ujarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI