fbpx

Lelaki cedera amukan biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 7 Ogos 2018 menunjukkan kawanan biri-biri di Duri, New South Wales. - AFP

CANBERRA, Australia – Seorang lelaki disyaki mengalami retak tulang belakang akibat serangan ganas  seekor  biri-biri di bandar Kenebri dalam negeri New South Wales (NSW) pagi tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 43 tahun itu dirempuh dengan kuat ke arah sebatang pokok oleh kambing biri-biri tersebut.

Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian bagi merawat mangsa  sebelum ambulans udara tiba tidak lama kemudian.

Petugas ambulans udara tersebut pada mulanya bimbang dengan keselamatan diri mereka namun berjaya merawat lelaki itu sebelum menerbangkannya ke sebuah hospital tempatan.

“Pesakit berada di sebuah kawasan di Kenebri apabila dia dirempuh kambing biri-biri tersebut dan terhumban pada sebatang pokok,” kata petugas Ambulans NSW, Rebecca Medd.

Kejadian serupa turut berlaku di kawasan itu tidak lama dahulu apabila seorang lelaki berusia 60-an dirempuh seekor kambing di kawasan pergunungan Blue Mountains.

Seorang petugas Ambulans NSW, David Petterson berkata, paramedik pernah berhadapan dengan beberapa tugas melibatkan haiwan namun serangan biri-biri merupakan suatu yang ‘aneh’.

“Insiden seperti ini agak mencabar untuk paramedik dan perkhidmatan kecemasan lain, terutamanya melibatkan amukan haiwan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI