fbpx

Pokok 100 tahun di Bukit Bendera terbakar dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memanjat pokok dengan ketinggian lima meter bagi membantu memadamkan kebakaran.

GEORGE TOWN – Sembilan anggota bomba mengambil masa selama tiga jam bagi memadamkan kebakaran sebatang pokok berusia lebih 100 tahun di atas Bukit Bendera, Ayer Itam di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Muzamer Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran kali kedua itu daripada pihak pengurusan Bukit Bendera pada pukul 11.22 malam tadi.

Menurutnya, anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki pacuan empat roda melalui laluan trek ke atas puncak Bukit Bendera.

“Kebakaran didapati melibatkan lubang di dalam batang pokok berusia lebih 100 tahun itu dengan ukuran lilit pokok dianggarkan sembilan meter.

“Kita menggunakan tangga untuk memanjat pokok tersebut dengan anggaran ketinggian 10 meter selain melakukan teknik menebuk lubang pada batang pokok dan memasuki ke dalam bahagian isinya dari atas.

“Operasi memadam api selesai pada pukul 3 pagi dan pemantauan api tamat sepenuhnya pada pukul 5 pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu lagi, pihaknya juga dimaklumkan oleh saksi kejadian kebakaran itu berpunca daripada panahan kilat dan siasatan serta pemantauan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan, pokok tersebut antara tumbuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di lokasi tumpuan pelancongan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI