fbpx

Hwang In-yeop tiba-tiba jadi popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG IN-YEOP

SELEPAS menerajui drama fenomena True Beauty, nama aktor Hwang In-yeop meroket apabila mencatat populariti luar biasa.

Terbaharu, pelakon yang membawa watak sebagai Han Seo-jun itu mendedahkan pengikutnya dalam Instragram naik mendadak selepas membintangi drama popular tersebut.

Buktinya, sebelum True Beauty ditayangkan, pelakon berusia 30 tahun itu hanya mempunyai pengikut seramai 353,000 orang.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan naik mendadak kepada hampir satu juta pengikut selepas episod ketiga naskhah tersebut ditayangkan.

Terbaharu, jumlah tersebut meningkat sebanyak lima juta. Sekali gus menjadikan jumlah pengikut In-yeop kini seramai enam juta orang.

Walaupun dikatakan agak lewat mengecap populariti yakni pada usia 30 tahun, In-yeop diramal menjadi wajah yang laris mewarnai dunia lakonan sementelah peminat mengandaikan 2021 merupakan tahun pembawa tuah kepada kerjaya seninya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI