fbpx

Pejabat MB Kedah ditutup susulan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat MB Kedah di Wisma Darul Aman ditutup sementara selama tiga hari bermula Ahad ini.

ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini ditutup selama tiga hari bermula Ahad ini hingga 2 Februari depan.

Penutupan itu dipercayai berpunca daripada penularan Covid-19 melibatkan pegawai serta kakitangan yang bertugas di pusat pentadbiran negeri tersebut.

Selain Pejabat Menteri Besar, terdapat dua lagi pejabat yang ditutup di Wisma Darul Aman iaitu Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Kedah serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Penutupan kedua-dua pejabat itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Februari depan.

Laman Facebook rasmi kerajaan negeri dalam satu kenyataan menjelaskan, langkah penutupan pejabat itu merupakan inisiatif bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Sebarang aduan atau maklumat hendaklah disalurkan kepada JITU melalui e-mel [email protected].

“Manakala LSANK boleh dihubungi menerusi emel [email protected] serta laman Facebook rasminya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI