fbpx

10 muka baharu sertai skuad ragbi wanita kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 10 muka baharu menyertai skuad ragbi wanita kebangsaan yang bakal mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan Asia 2026.

SEBAGAI persiapan jangka panjang, pasukan ragbi wanita negara telah memilih 10 muka baharu untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan untuk menghadapi temasya Sukan Asia 2026.

Meskipun tempoh agak panjang, namun ia dilihat percaturan terbaik selepas pasukan ragbi wanita negara telah melatih pemain bawah 23 tahun agar mereka dilihat cukup matang menghadapi temasya sukan akan datang.

Meskipun terbeban dengan jadual tidak menentu akibat pandemik Covid-19, namun ketua jurulatih ragbi wanita, Nik Safuan Ismade Nik Man menegaskan, tahap kecergasan pemain menjadi asas penting buatnya.

Jelasnya, isu pandemik Covid-19 banyak merencatkan program dan kejohanan, namun Nik Safuan akur dengan perkara itu sekali gus menggunakan strategi berbeza bagi memastikan atlet negara sentiasa bersedia.

“Fokus latihan kita akan tertumpu kepada usaha meningkatkan tahap kecergasan memandangkan kebanyakan pemain muda masih baharu di peringkat kebangsaan.

Katanya, setakat ini pihaknya telah memanggil 10 muka baharu dan lima pemain senior.

“Rata-rata pemain berusia 23 tahun ke bawah dan saya yakin ini adalah program jangka panjang untuk memastikan pemain yang terpilih mampu bersaing pada Sukan Asia nanti.

“Ketika ini latihan atlet tertumpu ke arah kecergasan dan di gimnasium memandangkan tiada kejohanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana. Jadi kita perlu sesuaikan program latihan sedia ada.

“Buat masa ini, kita hanya mengikut arahan yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI