fbpx

Kisah ‘parah’, bulan madu Ayda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT

BEBERAPA hari sebelum berubah status daripada orang bujang menjadi isteri orang pada tanggal 1 Januari lalu, penyanyi Ayda Jebat sempat melancarkan single terbaharunya berjudul Parah Parah.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Parah Parah sentuhan lelaki yang kini bergelar suaminya, Nabil Mahir sudah pun mencecah 1.3 juta tontonan dalam YouTube.

Sebenarnya siapa sangka, Nabil mempunyai bakat terpendam sebagai seorang pengarah. Bekerja dengan orang tersayang, baik Ayda mahupun Nabil, mereka tetap profesional demi melahirkan karya berkualiti untuk kepuasan peminat.

“Kalau saya mahukan sesuatu, saya tegas dengan pendirian. Untuk Parah Parah, kalau ada aspek yang saya rasa perlukan pandangan sendiri, saya akan utarakannya tidak kira bekerja dengan orang yang saya cintai.

“Saya sangat pentingkan kualiti terutama dalam pembikinan video muzik. Bekerja dengan Nabil sangat seronok bukan sebab dia suami saya tetapi memang dia pandai buat kerja,” kata Ayda atau nama lengkapnya, Nur Suhada Jebat, 29.

MENCUBA sesuatu yang tidak pernah diterokai sebelum ini, Ayda memilih elemen eLemen Bollywood untuk menyerikan video muzik Parah Parah.

Arahan buah hati

Buat Nabil sebenarnya, bidang pengarahan bukan sesuatu yang asing buat dirinya, Sebelum ini, dia banyak terlibat dalam bidang pengarahan, namun untuk projek-projek iklan.

“Mengarah muzik video berbeza dengan mengarah projek iklan. Tentunya, pengalaman mengarahkan Parah Parah adalah sesuatu yang baharu buat diri saya.

“Saya sejenis manusia yang agak ‘OCD’. Saya tak boleh tengok benda berselerak. Jadi, apa yang ingin saya katakan di sini, muzik video memerlukan kita fokus termasuk perincian sekecil zarah.

Jadi, itu saya cernakan dalam projek ini,” ujar Nabil yang ditemui HibGlam pada majlis pradengar lagu tersebut di Restoran Marhaba, di ibu negara baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang pembikinan Parah Parah, pengasas XENO Entertainment dan XENO Music, Melaka Boy atau nama sebenar Prashan Chitty, yang bertanggungjawab dalam penerbitan single tersebut mengakui, video muzik berkenaan merupakan buah tangan termahal yang pernah diterbitkannya.

“Kami mahukan yang terbaik untuk projek ini. Kami menjadikan video muzik dari Korea Selatan sebagai rujukan.

“Bagaimanapun, pasukan produksi Parah Parah semua dari Malaysia. Kita sendiri tahu tentang bagaimana komitmen industri K-pop kalau mereka buat kerja. Itu yang ingin kami tiru.

“Daripada muzik video Ayda sebelum ini, yang ini (Parah Parah) adalah yang paling mahal. Tidak perlu dedahkan kos pembikinannya, namun harga agak tinggi dan itu pelaburan daripada pihak kami kerana percayakan Ayda,” kata Prashan.

PVIDEO muzik Parah Parah menjalani penggambaran selama dua
hari termasuk di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Sambungan Better Than You

Parah Parah menjalani penggambaran di sekitar Selangor termasuklah di Taman Tema, Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Jika lagu Temberang sebelum ini menerima suntikan elemen dangdut, Parah Parah pula menampilkan unsur yang tidak pernah diterokai Ayda sebelum ini iaitu elemen Hindustan, Timur Tengah dan ‘haiwan’.

“Kami buat penggambaran pada 12 dan 13 Disember 2020. Kami ambil masa dua hari berturut-turut untuk merealisasikan apa yang anda semua sudah tengok di YouTube. Kami bekerja sampai pukul 3 pagi.

“Parah Parah semacam sambungan Better Than You yang terbit Jun lalu. Kalau siapa perasaan ada babak saya pecahkan gambar Tee Jay,” katanya.

Menyentuh tentang pembikinan lagu, Parah Parah dicipta Ezra Kong, Mimifly dan Ayda sendiri. Katanya, klise kalau lirik sedih dan melodinya juga mengikut jalan ‘mood’ sama.

“Lirik lagu Parah Parah tentang seseorang yang patah hati apabila dirinya diduakan si kekasih. Melodinya rancak. Saya mahu lari daripada kebiasaan. Lagu patah hati tak semestinya kena mendayu-dayu,” jelas Ayda ringkas.

MENARIKNYA, video muzik single terbaharu Ayda kali ini diarahkan sendiri oleh cinta hatinya, Nabil Mahir.

Perancangan keluarga

Melanjutkan bicara, Ayda yang sudah hampir sebulan bergelar isteri kepada Nabil mendedahkan, dia ingin terus menjadi seorang ibu tanpa mengambil pusing soal perancangan keluarga.

Kalau boleh, dia dan Nabil Mahir mahu memiliki 13 orang anak!

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, angka 13 juga merupakan angka kegemarannya.

“Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik, manakala Ayda pula ada 10 orang adik-beradik belah ibunya. Di sebelah bapanya ada 13 orang anak kerana mempunyai lebih daripada seorang isteri.

“Jadi, kalau rezeki dapat 13 orang memang mimpi jadi kenyataan.

“Tetapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 sekali pun,” katanya secara berseloroh.

Ayda berkata, dia belum berfikir tentang perkara itu. Kalau sudah tertulis rezeki untuk mereka menimang cahaya mata lebih awal, dia bersedia.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat. Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Lagi pun, saya bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu. Kami memang suka budak-budak,” katanya menggulung bicara.

BERNIKAH
pada 1 Januari lalu, Ayda dan Nabil kini masih lagi lagi
dibuai kehangatan
tempoh bulan
madu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI