fbpx

Kerajaan tambah 18.4 juta dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (duduk, kanan) menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin di KKM hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 18.4 juta dos vaksin yang meliputi 28.75 peratus daripada populasi rakyat di negara ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, bekalan itu meliputi 12 juta dos Covid-19 Coronavac, Sars-Cov-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated dan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang masing-masing dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai bulan April dan hujung Mac tahun depan.

Katanya, penambahan perolehan itu dibuat KKM yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan dua syarikat pembekal vaksin iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. hari ini.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba  menandatangani dokumen Terms Sheet bagi pihak KKM, manakala Pengarah Urusan PLS, Datuk Zulkarnain Md. Eusope dan Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar, mewakili pihak masing-masing,” katanya.

Kenyataan itu berkata, syarikat PLS akan membekalkan sebanyak 12 juta dos Covid-19 Coronavac, Sars-Cov-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated yang dihasilkan oleh Sinovac Life Science Co. Ltd.

Katanya, syarikat Duopharma (M) Sdn. Bhd. pula akan membekalkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology di Rusia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI