fbpx

Lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek telah dibawa ke Balai Polis Trafik untuk menjalani ujian saringan alkohol.

PORT DICKSON – Seorang pemandu ditahan kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Covid 19 di hadapan Balai Polis Lukut awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta jenis Perodua Alza bersama seorang lagi penumpang dipercayai rakannya pada pukul 1.30 pagi.

“Siasatan mendapati suspek yang dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek telah dibawa ke Balai Polis Trafik untuk menjalani ujian saringan alkohol dan keputusan kandungan alkohol menunjukkan paras 379MG alkohol /100ML darah melebihi paras ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pemandu kenderaan tersebut bersama penumpang berusia 24 tahun turut dikenakan kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI