fbpx

Semak radius 10km dengan aplikasi Getmakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh perjalanan yang boleh dibuat dalam jarak 10km radius.

SHAH ALAM – Pergerakan radius 10 kilometer (km) yang ditetapkan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan segelintir individu sukar menentukan jarak ingin ditujui dari rumah mereka.

Perkara itu menjadi inspirasi kepada seorang jurutera sistem, Asyraf Adlan membangunkan aplikasi Getmakan dalam membantu pengukuran jarak agar masyarakat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Asyraf, aplikasi itu dicipta khas dalam menunjukkan kawasan di dalam jarak radius itu seterusnya membantu membuktikan kepada pihak berkuasa berhubung pematuhan SOP itu.

Katanya, ia juga memudahkan para pengguna mencari mana-mana kedai makanan sepanjang tempoh PKP ini sekaligus membantu peniagaan di kalangan peniaga.

“Saya mendengar rungutan orang ramai bagaimana hendak menerangkan kepada pihak berkuasa yang menjaga sekatan jalan raya bahawa mereka tidak melangkaui jarak 10 km dari kawasan kediaman sendiri.

“Justeru, saya bersama rakan-rakan membangun aplikasi Getmakan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, aplikasi itu dibangunkan selama lima hari menerusi perisian yang mudah diakses melalui pautan tersedia ada dalam laman sesawang https://getmakan.com/jarak-maksimum-pkp.

Ujar Asyraf, di dalam aplikasi tersebut pengguna hanya perlu menekan pada baris ayat “Lihat Radius Saya” untuk menyemak jarak 10 km radius tersebut.

“Aplikasi membantu memberikan kefahaman jarak terhadap destinasi sahaja. Masyarakat tetap dinasihatkan agar mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis sekiranya untuk merentas daerah dan negeri,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI