fbpx

Perez mahu manfaat peluang di Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ akan bergandingan bersama Verstappen untuk membawa cabaran Red Bull pada saingan musim depan. – TWITTER SERGIO PEREZ

LONDON – Pelumba baharu pa­sukan Red Bull, Sergio Perez enggan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan dalam usaha melonjakkan karier­nya dalam saingan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Sebagai rekod, pelumba ber­usia 30 tahun kelahiran Mexico itu telah memberikan hadiah terbaik buat bekas pasukannya, Racing Point dengan bergelar juara Grand Prix (GP) pertama kali dalam karier pada GP Sakhir, Disember lepas.

Meskipun kontraknya tidak disambung Racing Point, bakat Perez dalam kancah permotoran No. 1 dunia ini tetap dihargai ­selepas mendapat tawaran daripada Red Bull untuk digandingkan dengan pelumba sensasi, Max Verstappen.

Kata Perez, sejak bersaing dalam saingan F1 bermula 2011, sudah menjadi impiannya untuk mewakili salah satu pasukan terbaik serta kompetitif seperti Red Bull dan kini cita-cita itu menjadi realiti.

“Jujur saya katakan sejak bergelar pelumba profesional, saya telah menunggu cukup lama untuk mendapatkan tawaran daripada pasukan gergasi. Selepas peluang hadir menerusi Red Bull, saya tekad untuk berikan yang terbaik.

“Ini kerana kontrak bersama pasukan yang berkualiti seperti Red Bull hanya datang sekali se­umur hidup dan saya tidak boleh goyang kaki kerana perlu terus bekerja keras bagi membantu pengurusan mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Perez telah mewakili pasukan Sauber pada awal kariernya sebelum khidmatnya disambar McLaren pada 2013 tetapi gagal mempamerkan aksi yang diharap­kan.
Selepas itu dia hanya mewakili pasukan Force India 2014 hingga 2017 dan Racing Point pada 2018 hingga kontraknya tamat tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI