fbpx

Pecah cermin kereta bengang bilik hotel penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kereta yang menjadi mangsa amukan seorang lelaki selepas bengang bilik hotel ingin ditempah penuh dalam kejadian di Jalan Dulu, Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin empat buah kereta gara-gara tidak berpuas hati kerana bilik hotel dihajati tiada kekosongan dalam kejadian di pekarangan sebuah hotel di Jalan Duku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, suspek berusia 33 tahun memecah cermin kereta menggunakan topi keledar.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan memasuki hotel terbabit untuk menempah bilik namun penyambut tetamu wanita berusia 41 tahun memaklumkan bahawa hotel sudah penuh.

“Bengang selepas mengetahui bilik tiada kosong, lelaki itu marah sebelum keluar ke kawasan parkir kenderaan dan bertindak memecahkan cermin empat buah kereta termasuk kereta wanita berkenaan.

“Pengadu terbabit terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hang Seng berkata, suspek kemudian ditahan dan polis merampas sebuah topi keledar digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jelasnya, saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI