fbpx

Marcelo pertimbang tawaran AS Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCELO dikaitkan dengan perpindahan ke Monaco selepas kelab itu dikatakan bersedia memberikannya kontrak selama tiga tahun. – AFP

MADRID – AS Monaco dilaporkan mengemukakan tawaran kontrak selama tiga tahun untuk memancing khidmat pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo.

Pemain berusia 32 tahun itu semakin tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Zinedine Zidane yang lebih gemar menggunakan khidmat Ferland Mendy sebagai pilihan pertama pemain pertahanan kiri.

Menurut laporan, pemain antarabangsa Brazil itu dibu­ru oleh Monaco yang sedia memberikan kontrak panjang biarpun Marcelo sudah agak berusia, tetapi isu utama adalah mengenai jumlah gaji yang bakal diterimanya.

Kontrak semasa Marcelo ketika ini akan berakhir pada 2022 dan dia menerima pendapatan sebanyak £8 juta (RM44.22 juta) setahun, tetapi Monaco hanya mampu memberikan tawaran gaji sebanyak £5.3 juta (RM29.29 juta) setahun sahaja.

Namun, tempoh kontrak tersebut mungkin menjadi daya penarik buat Marcelo untuk mencari pasukan yang mampu memberikannya jaminan ­beraksi dalam tempoh tiga tahun lagi pada pentas kompetitif.

Masa depan Marcelo di Santiago Bernabeu sudah boleh dianggap sebagai berakhir apabila empat daripada enam penampilannya musim ini ber­akhir dengan kekalahan dan hanya satu perlawanan tanpa bolos.

Dia juga hanya beraksi sekali pada saingan Liga Juara-Juara ketika Real tewas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk Oktober lalu dan gagal konsisten dalam kesebelasan utama pasukan ekoran beberapa siri kecede­raan.

Selain Monaco, Juventus juga dilaporkan menjejak Marcelo sejak musim panas lalu tetapi pemain itu awal tahun ini menafikan dia berminat untuk berhijrah ke Turin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI