fbpx

Leicester sudah jangka menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADDISON meledak gol kedua Leicester ketika mereka menundukkan Chelsea 2-0 awal pagi semalam. – AFP

LEICESTER – Pemain tengah Leicester City, James Maddison mengakui mereka turun dengan penuh yakin ketika menang 2-0 ke atas Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power awal pagi semalam.

Kata Maddison, pemain-­pemain Leicester yakin mereka boleh mengambil kesempatan ke atas Chelsea dalam situasi bola mati dan ia terbukti ketika tuan rumah menjaringkan gol pem­bukaan menerusi Wilfred Ndidi.

“Kami memang berusaha untuk dapatkan situasi bola mati. Ketika situasi bola mati, kami dapat lihat Chelsea berada dalam keadaan tidak selesa dan kami perlu manfaatkannya.

“Sebelum ini kami banyak sia-siakan peluang ketika situasi bola mati. Apabila kami dapat jaringkan gol menerusi sepakan sudut hari ini (semalam), saya rasa sangat puas,” kata Maddison.

Pada masa sama, pemain antarabangsa England itu turut memuji pengurus The Foxes, Brendan Rodgers yang bijak melakukan susunan pemain, sekali gus berjaya menewaskan Chelsea.

“Kredit kepada pengurus kerana mengubah formasi pada separuh masa kedua. Perubahan itu berjaya membantu kami untuk menguasai perlawanan dan dapatkan tiga mata.

“Jika anda mahu bermain untuk Brendan Rodgers, anda perlu bekerja keras. Kami perlu tampilkan aksi konsisten sekiranya mahu terus berada dalam kelompok atas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI