fbpx

Alli harap dapat pelepasan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLI terdesak untuk meninggalkan Spurs apabila dia tidak lagi menjadi pilihan untuk mengisi kesebelasan utama skuad kendalian Mourinho. – AFP

LONDON – Masa depan pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli menjadi tanda tanya apabila dia dilaporkan berharap dapat menyertai Paris Saint-Germain untuk kembali bersama Mauricio Pochettino.

Bagaimanapun, kelab yang berpangkalan di London itu enggan melayan permintaannya dan mahu dia kekal bersama pasukan berkenaan.

Alli benar-benar terdesak untuk meninggalkan Spurs apabila hanya dibenarkan beraksi selama 74 minit sepanjang musim ini biarpun pengurus mereka, Jose Mourinho mengakui pemain berusia 24 tahun itu tidak lagi gembira untuk kekal.

“Persoalannya adalah jika saya benarkan Dele pergi tanpa ada pemain yang menggantikan tempatnya. Saya perlu menjawab soalan itu.

“Ia bukanlah soalan yang selesa untuk saya jawab. Sudah tentu saya mahu bersedia untuk menjawabnya tetapi saya tidak bersedia. Saya belum bersedia untuk memberitahu kepada umum mengenai apa yang saya mahukan dalam berdepan situa­si ini,” katanya.

Pochettino sebelum ini mempunyai hubungan yang sempurna dengan Alli yang berjaya membawa pasukan itu ke pentas final Liga Juara-Juara 2019.

Menurut sumber, jurulatih PSG itu sangat berminat untuk mendapatkan semula khid­mat Alli, namun keputusan Pengerusi Spurs, Danial Levy yang mengambil sikap mengunci mulut menyebabkan situasi ber­kenaan menjadi sukar.

Levy terkenal sebagai seorang individu yang sangat sukar untuk berurusan dan tidak memberikan sebarang nilai buat PSG untuk mendapatkan Alli sebaliknya hanya memberitahu bahawa kelab itu tidak akan memberi sebarang diskaun jika mereka membuat keputusan untuk menjual pemain itu.

PSG juga turut memberikan Spurs pilihan untuk mendapatkan Alli secara pinjaman dengan pilihan untuk memberikannya kontrak kekal terutama me­ngenai kebimbangan jika ia menyebabkan mereka melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI